Wednesday, September 23, 2020

Adakah 3 Kali Basuhan Bilangan Maksimum

Salam


maaf ada soalan lanjutan lg.

adakah 3 kali basuhan itu bilangan had yg maksimum (1 hingga 3 kali shj) atau tiada yg maksimum?

sy terperhatikan seseorg yg berwudhu disebelah saya membasuh sebahagian kepalanya 6 kali dan telinganya 8 kali (sebelah 4 kali). ada masalah atau tiada masalah?

JZKK





Wassalam
_________________


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Ukhti Naji dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Basuhan 3 X ini merupakan sunnah, thabit dari Nabi saw. Sesungguhnya Uthman ra berkata :-

ألا أريكم وضوء رسول الله صلى آلله عليه وسلم ؟ ثم توضأ ثلاثا ثلاثا

"Mahukah aku tunjukkan kepada kamu wudhu' Rasulullah saw? Kemudian dia berwudhu' 3x, 3x" [hadith Sahih Riwayat Muslim #230].

Maka didalam Mazhab Syafie, melakukan basuhan/sapuan (keatas muka, tangan dan kaki) sebanyak 3x adalah sunat. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/59]

Bagi mereka yang berlebihan didalam basuhan, sepertimana yang anda nyatakan diatas, Nabi saw setelah mengulangi basuhan sebanyak 3x, baginda bersabda :-

هكذا الوضوء ، فمن زاد على هذا أو نقص فقد أساء أو ظلم

"Demikianlah wudhu'. Barangsiapa yang menambah lebih daripada ini, atau kurang, maka sesungguhnya dia telah berlaku tidak baik atau zalim" [hadith Riwayat Abu Daud #135, Lihat didalam Majmu' Sharh Muhazzab, Imam Nawawi, 1/438].

Mazhab Syafie mengkelasifikasikan perbuatan diatas sebagai perkara makruh didalam wudhu'[al-Fiqh al-Manhaji, 1/61]. ia juga dianggap sebagai pembaziran atau perbuatan yang melampau.

Kebiasaanya, bagi mereka yang tidak mengetahui bilangan basuhan/sapuan semasa berwudhu', dikatakan telah mendapat penyakit waswas. Mohon perlindungan dari Allah agar dilindungi dari gangguan syaitan ini. WA.

Sekian, wassalam 


No comments:

Post a Comment

Tidak Boleh Berwuduk Dengan Air Panas Terkena Matahari

salam Sedikit soalan ringkas berkaitan wuduk dan air. Pernah terdengar ttg hukum tidak boleh berwuduk dgn air yg panas akibat disinari matah...